Sunday 8 April 2018

Izinkan Aku Menangis

luahan hati tini at 11:50 pm 0 pujian buat saya

Putus asa ?
Ertinya seolah-olah kau melepaskan segala yang kau impikan 
Akal dan minda ketika itu kosong 
Terlalu penat dengan permainan dunia
Terlalu letih dengan ragam manusia
Terluka . Sedih . Kecewa . 
Hanya kau dan Tuhan saja yang tahu. 

Indahnya zaman kanak-kanak saat kau hanya tahu ketawa dan bersuka ria
Indahnya usia muda mu saat kau tersenyum bahagia
Sampai satu tahap kau mulai berubah
Kau sudah mula kenal erti letih,
Kau sudah mula kenal erti kecewa,
Kau sudah mula kenal erti pasrah

Sampai satu saat kau mula mengeluh dek kepenatan di dunia
Kau mula rasa benci, 
Kau mula rasa bosan,
Kadang sampai kau rasa hidup kau tiada makna
Apa tujuan kau ?
Apa kau impikan ? 
Seolah-olah kau hilang semangat untuk berjuang 

Kecewanya kau kerana seorang lelaki bukan penamat hidup kau
Kecewanya kau kerana gagal dalam peperiksaan bukan juga penghujungnya
Kecewanya kau dengan manusia yang tak menghargai kau bukan suatu masalah
Tapi setiap kekecewaan itu merupakan permulaan untuk kau teruskan perjuangan
Seperti munculnya pelangi selepas hujan. 

Life without experience and sufferings is not life . 

Rasa terbeban dengan masalah
Rasa penat dengan kerja
Kau mula rasa terbeban 
Mengeluh dan terus mengeluh dek kepenatan 
Bebannya masalah dalam fikiran kau
Dan kau mulai lemah 
Yang kau mampu ketika itu .....
Menangis.
Air mata kau jatuh tanpa kau pinta
Macam-macam yang kau rasa tapi tak mampu kau luahkan 
Tak dapat kau ungkapkan dengan kata-kata
Namun akal kau fikiran kau sangat terbeban

Kau menangis terbayangkan wajah mak&ayah
Kau menangis mengingatkan kawan-kawan 
Kau menangis dan terus menangis sehingga kau tersedar sesuatu
Tuhan itu ada. Tuhan sedang uji kau kerna kau mampu. 
Rasa putus asa itu cabaran untuk kau bangkit dan teruskan langkah kau
Bangun jangan lemah masih ramai insan yang sayangkan kau
Masih ramai yang menyokong kau
Ingat kau tidak keseorangan. 

Menangis semahu mu
Andai menangis sedikit sebanyak meringankan bebanan fikiran kau
Teruskan menangis 
Tetapi ingat... 
Menangis la pada Pencipta 
Andai kau rasa hidup kau semakin tidak tentu arah pasti ini petunjuk dariNya
Taubat itu sentiasa ada untuk setiap hamba. 
Kau milik Dia . 
Jadi Dia adalah menyembuh segalanya . 
Lapangkan dada dan tenagkan jiwa. 
Kau masih muda , carilah ilmu semahu-mahunya
Sebagai bekalan di usia tua
Kerna mati itu tidak kenal usia 
Yang muda mahupun tua 
Andai tertulis ajalnya 
Tugas malaikat mengambil nyawa. 

SEKIAN. 



Friday 8 December 2017

SUARA HATI

luahan hati tini at 2:00 pm 0 pujian buat saya

Allah tidak akan menguji seseorang itu diluar kemampuannya. Saat kau rasa dahsyatnya , beratnya ujian yang kau tempuhi , kau mula mengeluh mengapa diuji sebegini rupa ? Mengapa aku yang diuji dengan ujian sebesar ini ? Kenapa ? Kau mungkin tak sedar Allah uji kerana Allah tahu kau mampu atasi ujian itu . Allah uji kau supaya kau belajar erti sabar . Kerana tidak ada seorang pon yang hidup dalam dunia ini tanpa ujian . Kenapa ? Kerana dunia ini adalah pentas lakonan manusia yang penuh ragam . Di atas pentas sesuatu pertandingan pasti orang berebut , bersaing untuk ke final . Untuk memikat hati juri , untuk memikat hati penonton . Begitu juga kehidupan . Berada di pentas dunia ini lebih susah , lebih hebat saingannya . Bersaing dengan seluruh makhluk dunia untuk ke final(akhirat) kerana yang menjadi juri itu adalah Tuhan(Allah) . Ikut perintahNya dan tinggal laranganNya maka kau perolehi ganjaranNya . Kemenangan yang kau impikan itu sebenarnya bukan hanya memegang piala kemenangan , bukan hanya mendapat hadiah , bukan hanya mendapat pujian , tetapi kemenangan yang buat kau rasa indahnya saingan di pentas dunia ini saat kau jejak kaki ke Syurga Allah , Syurga yang hakiki . Dunia cuma tempat persinggahan sementara yang mana Allah dah tetapkan berapa lama hidupmu di dunia dan sepanjang kehidupanmu di dunia kumpul lah bekalan untuk ke akhirat kelak .


Pertama: Hubungan dengan Allah
Saat mana keluarnya seseorang dari perut ibu , akan diazan,diiqomat kerana lahirnya kau di dunia ini sebagai Islam . Maka kau perlu sujud pada Tuhanmu yang Satu . Tuhan yang menciptakan langit dan bumi dan tuhan yang menjadikan kamu manusia . Pahala yang aku kejar namun aku tahu banyak dosa yang aku tanggung . Kerana aku manusia sudah tentu dosaku meninggalkan solat secara sengaja , melakukan perkara yang manusia tidak nampak tetapi Allah nampak . Kerna yang manusia tidak tahu itu Allah tahu . Kau jaga hubungan dengan Allah inshaallah Allah jagakan kau . Allah segalanya kerana Allah itu hebat kuasanya . Kau inginkan sesuatu ? meminta pada manusia agar diberikan sesuatu tapi kau tak perolehinya . Kerana kau perlu pinta pada Allah bukan pada manusia . Yang mengerakkan hati manusia itu adalah Allah . Aku masih dalam usaha perbaiki diri . Salah aku , dosa aku , kebaikan aku biarlah Allah yang nilai . Yang aku kejar itu Syurga akhirat bukan syurga dunia kerna itu aku ketemu pelbagai ragam manusia .

Kedua: Hubungan dengan manusia .
Kasih ibu bapa itu membawa ke syurga . Dahulukan ibu bapa andai kau ingankan sesuatu minta izin ayah dan ibu kerana redha Allah terletak pada redha ibu bapa . Saat kau gembira , kawan yang kau cari untuk berkongsi suka , saat kau kaya , kawan yang datang cari kau di dunia , saat kau tersenyum bahagia kawan berada di sisi turut gembira . Tetapi saat kau sedih berduka , mana kawan yang bersama mu ? saat kau inginkan bahu untuk bersandar mereka hilang entah kemana , saat kau susah , mereka ketawa dengan orang lain dibelakang kau . Kemudia ibu bapa kau yang dicari . Ibu bapa kau yang memberi semangat dan motivasi . Kau lupa ? yang melahirkanmu di dunia ini siapa ? Kau lupa yang memberi pakai makan kamu siapa ? Hubungan dengan manusia ini bagi aku susah juga untuk dijaga . Dengan manusia kena bersabar dengan pelbagai ragam . Ingin aku kongsikan sesuatu , belajar di universiti  semakin susah untuk aku jaga hubungan dengan manusia terutamanya "kawan" . Pertemuan dan pengenalan untuk pertama kalinya cukup indah dengan reaksi dan bicaranya yang lembut buat aku terasa suka berkawan dengannya . Tetapi semakin aku mengenali dia semakin ada daya negatif antara hubungan kawan itu . Mana taknya kebanyakkan idea dan cadangan aku ditolak . Meminta di ajar sesuatu namun seperti mengelak . Mencari salah aku sentiasa tak kena pada pandangan mata dia . Kau siapa? Jujur aku katakan aku sedang cuba menahan marah , aku cuba bersabar bila dikritik itu ini  kerana aku ingin menjaga hubungan dengan manusia . Aku yang orang kenal dulu suka memberontak suka berlawan mulut apabila ditegur naik baran . Tetapi seperti yang kau kata "JADILAH MATANG" itu yang aku sedang buat . Kalau aku tak matang dah lama aku maki kau depan2. Maaf andai aku gunakan perkataan kesat itu . Berlapang dada ? Apa yang kau faham tentang berlapang dada ? Tak cukup kah selama ini semua cakap kau aku turuti tanpa sedikit pon bantahan . Tanpa sedikit rungutan depan kau . Tak cukupkah berlapang dada menerima apa ja teguran yang kau lemparkan .Ketidakpuasaan hati kau tentang kerja yang aku lakukan ? Berlapang dada yang macam mana kau maksudkan ? Aku sudah cukup sabar kerana itu aku tidak bersuara selama ini . Macam2 status dia Instagram yang kau muat naik sedikit terasa di hati aku , tapi langsung tidak aku suara kan ? Salahkah aku untuk minta diajar, minta diberi contoh tentang sesuatu yang aku tidak faham,tidak tahu ? Minta diajar , aku rendahkan ego aku seperti merayu memohon untuk diajar tetai apa yang kau beri ? Seperti mengelak untuk ajarkan aku . YA AKU TAHU SALAH AKU TAK MASUK KELAS . Tapi kau yang aku anggap kawan boleh tolong saat aku susah rupanya lebih menyakitkan saat aku perlukan bantuan kau sepeti mengelak . Ya aku seorang yang melakukan kerja last minit . Aku tahu tetapi tak perlu laa muat naik status memerli bagai . Aku bukan jahil tapi aku sedang memerhati gelagat kau . Bandingkan pemakaian kau dengan aku , sudah pasti sejuk mata manusia lain memandang kau dengan kesempurnaan yang kau pamirkan pada mata manusia . Untuk kesekian kalinya izinkan aku bersuara . Aku punya hak , aku ada ego aku . Aku tak salahkan kau 100% kerna aku tahu kau punya banyak masalah untuk diselesaikan,difikirkan begitu juga aku . Adakah selama ini jika kau tegur salah aku , aku melawan ? Aku muat naik status ? Tidak ! sebab aku masih bole kawal marah ku masih boleh bersabar . Tapi maaf aku punya limit kesabaran . Sampai satu masa aku perlu ego , pertahankan sesuatu yang aku rasa itu betul . Jadi matang yang kau minta . Matang lah sangat kau ?? Pikir sendiri laa kalau dah matang sangat .

Teman ,
Saat kau rasa kau sudah pandai
Kau lupa siapa pemberinya ?
Saat kau diminta untuk berkongsi ilmu
Kau seperti mengelak .

Yang memberikan akal untuk kau berfikir itu Allah ,
Kongsikan lah sedikit andai akhirat yang kau kejar
Tidak mengapa kalau kau mengelak
Andai dunia yang kau impikan .

Aku bukan jahil ,
Tapi aku sedang memerhati ,
Yang mana racun dan vitamin ,
Agar aku bisa menyingkirkan racun yang akan memakan diri .

Teman ,
Saat susah kau belum tiba ,
Kau belum rasa peritnya saat meminta namun diabaikan,
Kau belum rasa kerana kau masih dalam kesenangan,
Suatu saat masa kau akan tiba ,
Supaya kau ingat apa yang sudah kau lakukan .

Saturday 18 November 2017

Dosa

luahan hati tini at 9:27 pm 0 pujian buat saya

Aku! Kau! tak pernah lari dari buat dosa,
Saat nafsu menguasai diri,
Aku sedang terleka dengan duniawi,
Saat Aku sedar dari mimpi,
Baru Aku tahu realiti tak seindah fantasi.

Dosa yang dulu aku tinggal. Dosa yang dulu aku janji untuk tidak ulangi. Dosa yang dulu aku bersujud memohon taubat dari Ilahi. Kini, aku ulanginya lagi. Hati terasa terusik dengan dosa yang menggunung tinggi. Aku sedar itu dosa namun aku butakan hati. Aku mencari redha Ilahi setelah aku menyesal akan perbuatan sendiri. Masih layakkan aku memohon simpati dari Pencipta yang hakiki. Dari mana datangnya gembira kalau bukan dari Allah ? Dari mana datangnya sedih kalau bukan dengan izinNya ? Dari mana manusia dinilai kalau bukan dari hati dan akhlaknya. Maka aku perlu hidayahMu untuk mencari jalan yang lurus yang selamanya aku berada di landasan yang salah . Mengikut nafsu daripada memikirkan samada itu benar atau tidak. Aku menyesal akan khilafku. Mencari dosa yang aku sendiri tahu itu laranganmu. Perintahmu aku turuti, solat aku lakukan , puasa aku kerjakan namun hatiku kadang terasa tak tenang . Rasa yang seperti mengganggu fikiranku . Adakah aku masih dengan dosaku ? Ampunkan aku wahai Tuhanku .

Saat terbayang wajah mak, wajah ayah, aku terasa pilu . Aku rindu akan senyuman mereka . Aku terdengar pesanan mereka . Hantarkan aku ke sini untuk menimba ilmu tapi niatku tersasar jauh . Menggunakan peluang yang ada untuk sesuatu yang tidak bagus . Kerja diberi aku tangguh . Midterm exam aku failed . Perasaan mak ayah ketika itu aku tahu kecewa dengan sikap aku . Malas itu penemanku . Lupa tujuan utama ku . Takkan aku siakan 4 tahun ku di sini menuntut ilmu . Maka Allah bantulah aku . Mencari jalan kembali lurus tak berliku . Kekuatan itu aku perlu untuk masa depanku dan kebahagiaan ibubapa ku . Izinkan aku Tuhan . Merasa indahnya menuntut ilmu atas landasan Mu . Kerna aku tahu untuk bahagia itu mesti usaha dahulu . Dengan izinmu aku mengharap kejayaan yang satu .

Monday 13 November 2017

Siapa kau ?

luahan hati tini at 12:14 am 0 pujian buat saya

Kau punya impian yang menggunung,
Kau punya keyakinan yang tinggi,
Kau mampu mengarah itu dan ini,
Kau perlakukan diri sendiri umpama ketua,
Tapi ingat ....
Kau hanya manusia biasa,
Kau bukan Tuhan,
Kau boleh menilai orang lain,
Tapi kau dinilai oleh Allah,
Begitu juga aku .

Saat Allah hadirkan kau, aku bahagia . Punya seseorang yang sama perjalanan dalam pelajaran . Tapi mengapa bahagia itu aku rasakan sementara . Semakin aku mengenali kau , semakin aku tidak faham kelakuan kau . Kadang kau nampak sangat merendah diri , percakapan sangat lembut, langkah yang nampak ayu dengan pakaian kau yang cukup tutup sempurna berbanding aku . Tapi mengapa aku merasakan sesuatu yang tersembunyi disebalik niqabmu . Layakkah aku menilai ? Aku manusia sudah pasti penilaianku tidak bermakna . Tapi oleh kerana aku manusia biasa , hati mula mengatakan sesuatu yang tidak baik . Aku mula tidak selesa dilayan seperti itu oleh seorang yang pada mulanya aku lihat sangat baik orangnya . Mengapa aku seorang yang diperlakukan begitu ? Terok sangatkah tugas yang aku lakukan pada mata kau ? Antara kau dan aku terlalu jauh sangatkah jarak ? Adakah kau sentiasa merasa diri kau di atas . Aku tidak suka mengarah dan aku sangat tidak suka di arah itu dan ini . I'm not your robot yang diset untuk ikut arahan itu dan ini . Aku manusia , aku pon punya pilihan , aku punya keputusan dan aku punya cadangan . Siapa aku di mata kau sehingga aku rasa seperti lembu dicucuk hidung yang mendengar arahan kau tanpa banyak kata . Maaf aku punya limitnya untuk terus bersabar . Aku tidak bercakap hadapan kau kerana aku masih sabar dan aku jauh kan diri daripada marah . Kerana andai aku marah ketika itu emosi menguasai akal dan aku tidak mahu hubungan "kawan" itu terjejas. Aku masih tercari dan terfikir kenapa seperti ada api cemburu dan iri hati pada aku sedangkan kau lebih baik dari aku , kau lebih genius orangnya daripada aku. If you are not satisfied with me just say it . When i ask you , just say the truth .

Kadang Allah datangkan sesuatu dan kita merungut,
Kadang kita minta sesuatu tapi tidak Allah kabulkan,
Kenapa ?
Kerana Allah lebih tahu sesuatu yang baik untuk hambanya .

Aku perlukan kekuatan untuk berdepan dengan orang seperti kau . Jujur aku cakap belum pernah lagi aku jumpa dengan manusia seperti kau sebelum ni . Kerja yang aku lakukan seperti tak terkesan untuk kau . Penat kau nak aku faham, penat aku ? kau kena faham juga . Seolah-olah aku tidak berfungsi dalam kumpulan itu . Satu pesanku untuk kau . Kau tak selalunya berada di atas . Aku pikir kau lebih tahu tentang itu . Aku sangat tertekan dengan kerja kumpulan . Aku bahagia andai kerja individu kerana waktu lakukan kerja individu aku seperti berada dalam duniaku sendiri . Tiada siapa yang mengarah, tiada siapa yang menilai kerja aku melainkan pensyarah , tiada siapa akan tolak cadangan dan aku berhak buat keputusan sendiri kerana aku adalah aku ketika itu . Kerana Allah gerakkan hati,akal,dan seluruh anggota badanku untuk membuat kerja ketika itu tanpa gangguan dari sesiapa . Kerja aku , hasil aku dan kau siapa untuk menilai . Kalau berkumpulan buat cara berkumpulan tak payah nak ugut itu ini nak bagitau lecturer kata ahli kumpulan tak buat keja . That to much okay .

Perjalanan hidup itu panjang,
Ada permulaan dan ada penghujung,
Jangan hidup seperti lalang,
Di dunia ini hiduplah berkasih sayang.

Keyakinan kau terlalu tinggi,
Hingga kau lupa diri,
Maka kau perlu jaga hati,
Beringatlah sebelum kau mati.

#pesananuntukdirisendiri


Wednesday 1 November 2017

Gerak Hati

luahan hati tini at 12:51 pm 0 pujian buat saya

Aku tak mampu menguasai negara,
Apatah lagi menawan dunia,
Tapi Aku mampu menguasai diri sendiri,
Kerna gerak hati ini menjadikan Aku berani .

Andai sampai masanya Allah gerakkan hati ini untuk berani . Terkadang sering sekali merasa berdebar , gemuruh , takut dan tak yakin akan diri sendiri . Tapi hari ini , gerakkan hati aku untuk tampil ke depan menyampaikan sesuatu maklumat atau cerita yang ingin aku kongsikan kepada  rakan kuliah . Walaupun nampak pada mulanya sangat takut , gementar namun ak beranikan diri tampil ke depan . Tangan menggeletar saat mikrofon ku pegang . Apa bakal terjadi ? video yang aku tonton hanya berdurasi 6 minit lebih berbanding rakan yang lain berkongsi cerita tentang video yg berdurasi lebih kurang 30 minit . Soalan demi soalan yang pensyarah tanya sehingga aku yakinkan beliau bahawa video itu memang aku tonton dan apa yang aku kongsikan adalah betul dan fakta daripada apa yang aku dengar dan lihat . Kemudian nampak mukanya seperti terima dan tidak terima dengan pandangan ku . Perasaan lega itu lahir dalam diri selepas selesai tugasku di hadapan kuliah . Kuliah diteruskan dengan kumpulan seterusnya . Kemudia selepas selesai kumpulan itu menyampaikan cerita dan maklumat . Pensyarah membuat sedikit kesimpulan . Pada ketika itu berdebar rasa takut akan markah yang bakal aku dan ahli kumpulan dapat . Memang aku tidak tahu markahnya tetapi ada pensyarah selitkan . Katanya " kamu tonton video yang macam mana pon apa yang saya nak lihat ialah sinopsis dan kesimpulan yang kamu dapat dari video tersebut . tak kesahlah walau video yang kamu tonton tu hanya laa 6 minit tp kamu faham dan kamu boleh bagi konklusi kiranya okay dan apa yang kamu sampaikan itu adalah topik yang kita bincangkan harini" . Hati masih lagi tertanya adakah apa yang aku sampaikan tadi memuaskan hatinya ? Aku tak tahu tapi aku harapkan markah untuk kumpulan ku adalah baik .

Selepas selesai kelas aku terfikir , berani itu perlu untuk berjaya . Langkah yang aku ambil tadi merupakan perubahan besar untuk diriku . Andai dulu terasa malu untuk ke depan . Terasa nak sembunyikan diri di belakang . Usaha mencari maklumat tapi takut untuk kongsikan . Hari ini aku sedar aku perlu berubah melangkah ke hadapan bukan ke belakang iaitu berlindung di sebalik kejayaan org lain di hadapan aku . Semoga aku lebih yakin dan berani selepas ini . Terima kasih Allah kerana menggerakkan hati ini untuk berubah . Target kau hanya kau dan Allah yang tahu . Jadi untuk capainya usaha dan mohon pada Allah kerana apa yang terjadi adalah ketentutan dariNya .

Andai aku lelah ditengah jalan , pimpinlah aku ,
Andai aku putus asa dengan langkahku , kembalikan semangatku,
Andai aku leka dengan dunia , sedarkan aku ,
Kerana aku manusia biasa , perlukan petunjukMu .


Sunday 24 September 2017

KAU DAN AKU

luahan hati tini at 4:20 pm 0 pujian buat saya


Indah khabar dari rupa
Indah wajah ciptaan Yang Esa
Indah bahasa bila berbicara
Indah syurga rebutan manusia 

Kau dan Aku berada di bumi yang sama . Menghirup udara, melihat keindahan alam , mengembara mencari ilmu , kadang kita terserempak namun tidak kenal satu sama lain , kadang kau dan aku saling berhadapan namun tak terasa untuk bertegur . Setiap pertemuan dan perpisahan itu diatur namun kita tidak sedar akan aturan Tuhan . Saat aku sibuk melihat jauh ciptaan Allah yang lain aku tidak sedar kau didepan mata . Saat mata ini leka akan kacaknya ciptaan Allah , aku terleka dengan dunia . Saat mata tertancap pada satu wajah hati mulai terpaut suka . Namun benarkan yang aku lihat itu untukku? Benarkah yang mencuri perhatian aku itu jodohku ? Benarkan andai aku katakan ini cintaku ? Tapi mengapa aku tidak dipandangnya ? Mengapa aku tidak ditegurnya ? Mengapa aku seperti tidak wujud di hadapannya ? Aku mula sukakannya secara diam-diam . Teringin sekali mengenalinya dengan dekat . Siapa aku untuk dia ? 

Setiap hari ingin saja aku melihatnya . Mata tercari akan kehadirannya . Dimana dia ? Tak datang ka harini ? Langsung tidakku lihat wajahnya . Sihatkah dia ? Hati mulai tidak keruan memikirkan si dia . Namun langkahku terhenti , tubuhku terasa keras , mataku tertancap pada dua susuk tubuh . Siapa mereka ? Kenapa begitu mesra ? Mengapa berpegangan tangan dan kenapa hati ini sakit melihat mereka ? Subhanallah aku mula sedar lelaki yang menjadi perhatianku selama ini rupanya jodoh orang lain . Lelaki yang selama ini buat aku rasa tersenyum seorang rupanya sudah berpunya . Lelaki yang selama ini aku sangka mampu buat aku tak tidur lena rupanya kekasih orang . Sakitnya hati ini saat itu hanya Tuhan yang tahu . Bodohnya diri ini terkejarkan seseorang yang bukan untukku . Rupanya yang aku suka selama ini adalah suami orang . Mashaallah sebegitu sekali pengakhirannya . Walaupun hanya aku yang sukakan dia dalam diam namun sakit itu terasa disaat lelaki yang aku dambakan untuk menjadi jodohku rupanya milik orang lain . Mengapa ?

Aku mula tertanya kenapa tiada seorang lelaki yang menegurku atau berkenalan dengan ku lebih dari seorang kawan . Mula mempersoalkan perkara itu diusia muda . Melihat kawan-kawan yang lain bahagia bersama teman lelaki namun aku masih seorang . Cemburu melihat orang lain keluar bersama teman lelaki mereka tapi aku ? Tak mengapa mungkin belum sampai masanya . Aku diusia ini untuk mencari ilmu bukan mencari jodoh . Tapi hati mula terasa sesuatu . Apa yang Allah sembunyikan untukku ? Jodohku dimana ? Mungkin masih awal untukku memikirkannya . 

Kau . Kau lah jodoh aku . Tapi siapakah kau ? Dimana kau sekarang ? Kita pernah bersua atau tidak? Siapa ? Dimana ? Bagaimana ? Semua tentang kau aku tidak tahu . Tapi aku yakin kau jodoh yang Allah aturkan untukku . Tak tahu kenapa namun terasa Allah jagakan aku untuk kau kerna itu aku belum pernah bercinta dengan mana-mana lelaki sebelum ini . Gilakah aku sekiranya membayangkan kau jodohku sedangkan wajah dan personaliti mu belum ku tahu . Kau dan aku kadang bertemu namun tidak terasa kehadiran itu . Kau yang aku tunggu walau aku tak tahu siapa kau itu . Kau yang ditakdirkan untukku datanglah bila tiba masanya nanti . Buktikan padaku kau aturan Allah buatku . Sekarang bukan lagi waktuku untuk bercinta kerna aku masih muda dan aku punya tanggungjawab yang besar untuk ibu dan ayah . Allah jagakan hati ini untuk jodoh yang telah diaturkan . Namun andai jodohku bukan di dunia temukan aku dengan dia di akhirat kelak . Kerna aku tidak tahu dunia yang aku duduki sekarang bila pengakhirannya . 

Siang dan malam silih berganti
Bulan dan bintang di malam hari 
Kau akan datang suatu hari nanti 
Kerna kau dan aku aturan Ilahi 

Monday 21 August 2017

PESANAN

luahan hati tini at 12:34 pm 0 pujian buat saya

Saat mata terpejam lena 
Tidak kelihatan indahnya dunia
Saat terbuai diulit alam mimpi
Terasa indahnya fantasi dari realiti 

Siapa aku untuk bercakap soal cinta ?
Di usia semuda ini apa yang aku tahu tentang cinta ? 
Bahagiakah bercinta hinggakan manusia terbuai dengannya ?
Cinta ini amat luas maksudnya .

Cinta itu Allah yang hadirkan . Cukup aku katakan cinta Allah amat hebat . Persoalannya layakkah aku mendapatkan Cinta Ilahi ? Dek kerana dosa dan masa silamku . Kalau dulu solatku tidak cukup sehari lima waktu , kalau dulu auratku tidak ditutup dengan sempurna , kalau dulu percakapanku kasar , kalau dulu kemarahanku tak dapat aku kawal , kalau dulu SABAR itu tiada dalam diri ini izinkan aku perbaiki diri . Aku tahu , saat mata terpejam rapat , saat nyawa ditarik malaikat , saat orang sekeliling tidak dapat lagi membantu kerana di saat dunia aku tinggalkan , akhirat yang bakal aku jejaki . Hebatnya cinta Allah dikala ketenangan itu dirasai , dikala indahnya mendengar bacaan suci al-quran , dikala sujudku hanya untukNya , dikala hembusan nafas terasa nyamannya dan tiupan angin yang dingin di pagi hari . Andai surat cinta dari seorang lelaki yang kau inginkan , berlagu dengan puitis dan pujian terhadap dirimu wahai perempuan , penuh dengan luahan perasaan yang mampu mencairkan hatimu wahai perempuan , yang bisa membuat tidur malam mu tak lena dek panahan cinta sang jejaka melalui kiriman surat cinta . Tak perlu menunggu surat cinta dari sang jejaki kerna mungkin kau tidak sedar indah lagi kiriman Allah untukmu . Bayangkan Al-quran itu surat cinta dari Allah . Indahnya bahasa syurga , andai dibaca tenang yang kau akan rasai , tidur malam mu akan nyenyak dan tenang selepas membacanya , Indahnya kalam Allah . Saat Al-quran menjadi panduan kehidupan yakinlah Al-quran akan membantumu kelak . 

Andai kau kenal akan cinta Allah , maka kau akan mengerti apa itu cinta sebenar . Mencintai Allah dan Allah akan hantarkan orang yang mencintaNya untuk mencintaimu juga . Percayalah hebatnya cinta jika Allah sebagai cinta yang utama . Ilmu ku belum mampu bercakap besar tentang cinta . Kerana aku sedar aku terlalu mengejar cinta manusia sedangkan ak sendiri tidak faham maksud sebenar Cinta . Cintakah andai maruah kau gadaikan ? Cintakah andai tubuh kau serahkan ? Untungnya sang jejaka saat diri kau serahkan tanpa akad nikah . Tidak semua lelaki jahat andai silapmu wahai perempuan tak mungkin lelaki yang kau cintai dulu menjadi lelaki yang kau benci saat ini . Jangan jadikan masa lalumu untuk membenci semua lelaki . Andai iman sebagai kekuatan dalam diri mungkin sesuatu benda yang tidak baik dapat dielak . Zina takkan terjadi sekiranya bukan keinginan dari kedua-dua pihak . Seperti selalu kita dengar " Andai berdua pasti ada yang ketiga dan yang ketiga itu adalah syaitan" .

Bagi pandangan aku sebagai perempuan , memang inginkan seorang lelaki diusia remaja , perasaan ingin bercinta or lebih mudah dikatakan kapel tapi usia remaja bukan masa yang sesuai untuk bercakap soal hati dengan lebih mendalam . Cukuplah berkawan dan kenal perangai masing2 dan anggap sahaja andai ada jodoh bersama pasti suatu hari nanti akan ditakdirkan untuk bersama . Mencintai dan memiliki tidak mampu kedua-duanya andai bukan jodohmu . Pesanan ku buat diri sendiri dan orang lain yakinkan cintamu dengan Tuhanmu baru kau dapat merasai indahnya mencintai dan dicintai . 
Animated  Sparkly Love Heart
 

ORDINARY PERSON Copyright © 2012 Design by Antonia Sundrani Vinte e poucos