Saturday 18 November 2017

Dosa

luahan hati tini at 9:27 pm 0 pujian buat saya

Aku! Kau! tak pernah lari dari buat dosa,
Saat nafsu menguasai diri,
Aku sedang terleka dengan duniawi,
Saat Aku sedar dari mimpi,
Baru Aku tahu realiti tak seindah fantasi.

Dosa yang dulu aku tinggal. Dosa yang dulu aku janji untuk tidak ulangi. Dosa yang dulu aku bersujud memohon taubat dari Ilahi. Kini, aku ulanginya lagi. Hati terasa terusik dengan dosa yang menggunung tinggi. Aku sedar itu dosa namun aku butakan hati. Aku mencari redha Ilahi setelah aku menyesal akan perbuatan sendiri. Masih layakkan aku memohon simpati dari Pencipta yang hakiki. Dari mana datangnya gembira kalau bukan dari Allah ? Dari mana datangnya sedih kalau bukan dengan izinNya ? Dari mana manusia dinilai kalau bukan dari hati dan akhlaknya. Maka aku perlu hidayahMu untuk mencari jalan yang lurus yang selamanya aku berada di landasan yang salah . Mengikut nafsu daripada memikirkan samada itu benar atau tidak. Aku menyesal akan khilafku. Mencari dosa yang aku sendiri tahu itu laranganmu. Perintahmu aku turuti, solat aku lakukan , puasa aku kerjakan namun hatiku kadang terasa tak tenang . Rasa yang seperti mengganggu fikiranku . Adakah aku masih dengan dosaku ? Ampunkan aku wahai Tuhanku .

Saat terbayang wajah mak, wajah ayah, aku terasa pilu . Aku rindu akan senyuman mereka . Aku terdengar pesanan mereka . Hantarkan aku ke sini untuk menimba ilmu tapi niatku tersasar jauh . Menggunakan peluang yang ada untuk sesuatu yang tidak bagus . Kerja diberi aku tangguh . Midterm exam aku failed . Perasaan mak ayah ketika itu aku tahu kecewa dengan sikap aku . Malas itu penemanku . Lupa tujuan utama ku . Takkan aku siakan 4 tahun ku di sini menuntut ilmu . Maka Allah bantulah aku . Mencari jalan kembali lurus tak berliku . Kekuatan itu aku perlu untuk masa depanku dan kebahagiaan ibubapa ku . Izinkan aku Tuhan . Merasa indahnya menuntut ilmu atas landasan Mu . Kerna aku tahu untuk bahagia itu mesti usaha dahulu . Dengan izinmu aku mengharap kejayaan yang satu .

Monday 13 November 2017

Siapa kau ?

luahan hati tini at 12:14 am 0 pujian buat saya

Kau punya impian yang menggunung,
Kau punya keyakinan yang tinggi,
Kau mampu mengarah itu dan ini,
Kau perlakukan diri sendiri umpama ketua,
Tapi ingat ....
Kau hanya manusia biasa,
Kau bukan Tuhan,
Kau boleh menilai orang lain,
Tapi kau dinilai oleh Allah,
Begitu juga aku .

Saat Allah hadirkan kau, aku bahagia . Punya seseorang yang sama perjalanan dalam pelajaran . Tapi mengapa bahagia itu aku rasakan sementara . Semakin aku mengenali kau , semakin aku tidak faham kelakuan kau . Kadang kau nampak sangat merendah diri , percakapan sangat lembut, langkah yang nampak ayu dengan pakaian kau yang cukup tutup sempurna berbanding aku . Tapi mengapa aku merasakan sesuatu yang tersembunyi disebalik niqabmu . Layakkah aku menilai ? Aku manusia sudah pasti penilaianku tidak bermakna . Tapi oleh kerana aku manusia biasa , hati mula mengatakan sesuatu yang tidak baik . Aku mula tidak selesa dilayan seperti itu oleh seorang yang pada mulanya aku lihat sangat baik orangnya . Mengapa aku seorang yang diperlakukan begitu ? Terok sangatkah tugas yang aku lakukan pada mata kau ? Antara kau dan aku terlalu jauh sangatkah jarak ? Adakah kau sentiasa merasa diri kau di atas . Aku tidak suka mengarah dan aku sangat tidak suka di arah itu dan ini . I'm not your robot yang diset untuk ikut arahan itu dan ini . Aku manusia , aku pon punya pilihan , aku punya keputusan dan aku punya cadangan . Siapa aku di mata kau sehingga aku rasa seperti lembu dicucuk hidung yang mendengar arahan kau tanpa banyak kata . Maaf aku punya limitnya untuk terus bersabar . Aku tidak bercakap hadapan kau kerana aku masih sabar dan aku jauh kan diri daripada marah . Kerana andai aku marah ketika itu emosi menguasai akal dan aku tidak mahu hubungan "kawan" itu terjejas. Aku masih tercari dan terfikir kenapa seperti ada api cemburu dan iri hati pada aku sedangkan kau lebih baik dari aku , kau lebih genius orangnya daripada aku. If you are not satisfied with me just say it . When i ask you , just say the truth .

Kadang Allah datangkan sesuatu dan kita merungut,
Kadang kita minta sesuatu tapi tidak Allah kabulkan,
Kenapa ?
Kerana Allah lebih tahu sesuatu yang baik untuk hambanya .

Aku perlukan kekuatan untuk berdepan dengan orang seperti kau . Jujur aku cakap belum pernah lagi aku jumpa dengan manusia seperti kau sebelum ni . Kerja yang aku lakukan seperti tak terkesan untuk kau . Penat kau nak aku faham, penat aku ? kau kena faham juga . Seolah-olah aku tidak berfungsi dalam kumpulan itu . Satu pesanku untuk kau . Kau tak selalunya berada di atas . Aku pikir kau lebih tahu tentang itu . Aku sangat tertekan dengan kerja kumpulan . Aku bahagia andai kerja individu kerana waktu lakukan kerja individu aku seperti berada dalam duniaku sendiri . Tiada siapa yang mengarah, tiada siapa yang menilai kerja aku melainkan pensyarah , tiada siapa akan tolak cadangan dan aku berhak buat keputusan sendiri kerana aku adalah aku ketika itu . Kerana Allah gerakkan hati,akal,dan seluruh anggota badanku untuk membuat kerja ketika itu tanpa gangguan dari sesiapa . Kerja aku , hasil aku dan kau siapa untuk menilai . Kalau berkumpulan buat cara berkumpulan tak payah nak ugut itu ini nak bagitau lecturer kata ahli kumpulan tak buat keja . That to much okay .

Perjalanan hidup itu panjang,
Ada permulaan dan ada penghujung,
Jangan hidup seperti lalang,
Di dunia ini hiduplah berkasih sayang.

Keyakinan kau terlalu tinggi,
Hingga kau lupa diri,
Maka kau perlu jaga hati,
Beringatlah sebelum kau mati.

#pesananuntukdirisendiri


Wednesday 1 November 2017

Gerak Hati

luahan hati tini at 12:51 pm 0 pujian buat saya

Aku tak mampu menguasai negara,
Apatah lagi menawan dunia,
Tapi Aku mampu menguasai diri sendiri,
Kerna gerak hati ini menjadikan Aku berani .

Andai sampai masanya Allah gerakkan hati ini untuk berani . Terkadang sering sekali merasa berdebar , gemuruh , takut dan tak yakin akan diri sendiri . Tapi hari ini , gerakkan hati aku untuk tampil ke depan menyampaikan sesuatu maklumat atau cerita yang ingin aku kongsikan kepada  rakan kuliah . Walaupun nampak pada mulanya sangat takut , gementar namun ak beranikan diri tampil ke depan . Tangan menggeletar saat mikrofon ku pegang . Apa bakal terjadi ? video yang aku tonton hanya berdurasi 6 minit lebih berbanding rakan yang lain berkongsi cerita tentang video yg berdurasi lebih kurang 30 minit . Soalan demi soalan yang pensyarah tanya sehingga aku yakinkan beliau bahawa video itu memang aku tonton dan apa yang aku kongsikan adalah betul dan fakta daripada apa yang aku dengar dan lihat . Kemudian nampak mukanya seperti terima dan tidak terima dengan pandangan ku . Perasaan lega itu lahir dalam diri selepas selesai tugasku di hadapan kuliah . Kuliah diteruskan dengan kumpulan seterusnya . Kemudia selepas selesai kumpulan itu menyampaikan cerita dan maklumat . Pensyarah membuat sedikit kesimpulan . Pada ketika itu berdebar rasa takut akan markah yang bakal aku dan ahli kumpulan dapat . Memang aku tidak tahu markahnya tetapi ada pensyarah selitkan . Katanya " kamu tonton video yang macam mana pon apa yang saya nak lihat ialah sinopsis dan kesimpulan yang kamu dapat dari video tersebut . tak kesahlah walau video yang kamu tonton tu hanya laa 6 minit tp kamu faham dan kamu boleh bagi konklusi kiranya okay dan apa yang kamu sampaikan itu adalah topik yang kita bincangkan harini" . Hati masih lagi tertanya adakah apa yang aku sampaikan tadi memuaskan hatinya ? Aku tak tahu tapi aku harapkan markah untuk kumpulan ku adalah baik .

Selepas selesai kelas aku terfikir , berani itu perlu untuk berjaya . Langkah yang aku ambil tadi merupakan perubahan besar untuk diriku . Andai dulu terasa malu untuk ke depan . Terasa nak sembunyikan diri di belakang . Usaha mencari maklumat tapi takut untuk kongsikan . Hari ini aku sedar aku perlu berubah melangkah ke hadapan bukan ke belakang iaitu berlindung di sebalik kejayaan org lain di hadapan aku . Semoga aku lebih yakin dan berani selepas ini . Terima kasih Allah kerana menggerakkan hati ini untuk berubah . Target kau hanya kau dan Allah yang tahu . Jadi untuk capainya usaha dan mohon pada Allah kerana apa yang terjadi adalah ketentutan dariNya .

Andai aku lelah ditengah jalan , pimpinlah aku ,
Andai aku putus asa dengan langkahku , kembalikan semangatku,
Andai aku leka dengan dunia , sedarkan aku ,
Kerana aku manusia biasa , perlukan petunjukMu .


Animated  Sparkly Love Heart
 

ORDINARY PERSON Copyright © 2012 Design by Antonia Sundrani Vinte e poucos