Friday 8 December 2017

SUARA HATI

luahan hati tini at 2:00 pm 0 pujian buat saya

Allah tidak akan menguji seseorang itu diluar kemampuannya. Saat kau rasa dahsyatnya , beratnya ujian yang kau tempuhi , kau mula mengeluh mengapa diuji sebegini rupa ? Mengapa aku yang diuji dengan ujian sebesar ini ? Kenapa ? Kau mungkin tak sedar Allah uji kerana Allah tahu kau mampu atasi ujian itu . Allah uji kau supaya kau belajar erti sabar . Kerana tidak ada seorang pon yang hidup dalam dunia ini tanpa ujian . Kenapa ? Kerana dunia ini adalah pentas lakonan manusia yang penuh ragam . Di atas pentas sesuatu pertandingan pasti orang berebut , bersaing untuk ke final . Untuk memikat hati juri , untuk memikat hati penonton . Begitu juga kehidupan . Berada di pentas dunia ini lebih susah , lebih hebat saingannya . Bersaing dengan seluruh makhluk dunia untuk ke final(akhirat) kerana yang menjadi juri itu adalah Tuhan(Allah) . Ikut perintahNya dan tinggal laranganNya maka kau perolehi ganjaranNya . Kemenangan yang kau impikan itu sebenarnya bukan hanya memegang piala kemenangan , bukan hanya mendapat hadiah , bukan hanya mendapat pujian , tetapi kemenangan yang buat kau rasa indahnya saingan di pentas dunia ini saat kau jejak kaki ke Syurga Allah , Syurga yang hakiki . Dunia cuma tempat persinggahan sementara yang mana Allah dah tetapkan berapa lama hidupmu di dunia dan sepanjang kehidupanmu di dunia kumpul lah bekalan untuk ke akhirat kelak .


Pertama: Hubungan dengan Allah
Saat mana keluarnya seseorang dari perut ibu , akan diazan,diiqomat kerana lahirnya kau di dunia ini sebagai Islam . Maka kau perlu sujud pada Tuhanmu yang Satu . Tuhan yang menciptakan langit dan bumi dan tuhan yang menjadikan kamu manusia . Pahala yang aku kejar namun aku tahu banyak dosa yang aku tanggung . Kerana aku manusia sudah tentu dosaku meninggalkan solat secara sengaja , melakukan perkara yang manusia tidak nampak tetapi Allah nampak . Kerna yang manusia tidak tahu itu Allah tahu . Kau jaga hubungan dengan Allah inshaallah Allah jagakan kau . Allah segalanya kerana Allah itu hebat kuasanya . Kau inginkan sesuatu ? meminta pada manusia agar diberikan sesuatu tapi kau tak perolehinya . Kerana kau perlu pinta pada Allah bukan pada manusia . Yang mengerakkan hati manusia itu adalah Allah . Aku masih dalam usaha perbaiki diri . Salah aku , dosa aku , kebaikan aku biarlah Allah yang nilai . Yang aku kejar itu Syurga akhirat bukan syurga dunia kerna itu aku ketemu pelbagai ragam manusia .

Kedua: Hubungan dengan manusia .
Kasih ibu bapa itu membawa ke syurga . Dahulukan ibu bapa andai kau ingankan sesuatu minta izin ayah dan ibu kerana redha Allah terletak pada redha ibu bapa . Saat kau gembira , kawan yang kau cari untuk berkongsi suka , saat kau kaya , kawan yang datang cari kau di dunia , saat kau tersenyum bahagia kawan berada di sisi turut gembira . Tetapi saat kau sedih berduka , mana kawan yang bersama mu ? saat kau inginkan bahu untuk bersandar mereka hilang entah kemana , saat kau susah , mereka ketawa dengan orang lain dibelakang kau . Kemudia ibu bapa kau yang dicari . Ibu bapa kau yang memberi semangat dan motivasi . Kau lupa ? yang melahirkanmu di dunia ini siapa ? Kau lupa yang memberi pakai makan kamu siapa ? Hubungan dengan manusia ini bagi aku susah juga untuk dijaga . Dengan manusia kena bersabar dengan pelbagai ragam . Ingin aku kongsikan sesuatu , belajar di universiti  semakin susah untuk aku jaga hubungan dengan manusia terutamanya "kawan" . Pertemuan dan pengenalan untuk pertama kalinya cukup indah dengan reaksi dan bicaranya yang lembut buat aku terasa suka berkawan dengannya . Tetapi semakin aku mengenali dia semakin ada daya negatif antara hubungan kawan itu . Mana taknya kebanyakkan idea dan cadangan aku ditolak . Meminta di ajar sesuatu namun seperti mengelak . Mencari salah aku sentiasa tak kena pada pandangan mata dia . Kau siapa? Jujur aku katakan aku sedang cuba menahan marah , aku cuba bersabar bila dikritik itu ini  kerana aku ingin menjaga hubungan dengan manusia . Aku yang orang kenal dulu suka memberontak suka berlawan mulut apabila ditegur naik baran . Tetapi seperti yang kau kata "JADILAH MATANG" itu yang aku sedang buat . Kalau aku tak matang dah lama aku maki kau depan2. Maaf andai aku gunakan perkataan kesat itu . Berlapang dada ? Apa yang kau faham tentang berlapang dada ? Tak cukup kah selama ini semua cakap kau aku turuti tanpa sedikit pon bantahan . Tanpa sedikit rungutan depan kau . Tak cukupkah berlapang dada menerima apa ja teguran yang kau lemparkan .Ketidakpuasaan hati kau tentang kerja yang aku lakukan ? Berlapang dada yang macam mana kau maksudkan ? Aku sudah cukup sabar kerana itu aku tidak bersuara selama ini . Macam2 status dia Instagram yang kau muat naik sedikit terasa di hati aku , tapi langsung tidak aku suara kan ? Salahkah aku untuk minta diajar, minta diberi contoh tentang sesuatu yang aku tidak faham,tidak tahu ? Minta diajar , aku rendahkan ego aku seperti merayu memohon untuk diajar tetai apa yang kau beri ? Seperti mengelak untuk ajarkan aku . YA AKU TAHU SALAH AKU TAK MASUK KELAS . Tapi kau yang aku anggap kawan boleh tolong saat aku susah rupanya lebih menyakitkan saat aku perlukan bantuan kau sepeti mengelak . Ya aku seorang yang melakukan kerja last minit . Aku tahu tetapi tak perlu laa muat naik status memerli bagai . Aku bukan jahil tapi aku sedang memerhati gelagat kau . Bandingkan pemakaian kau dengan aku , sudah pasti sejuk mata manusia lain memandang kau dengan kesempurnaan yang kau pamirkan pada mata manusia . Untuk kesekian kalinya izinkan aku bersuara . Aku punya hak , aku ada ego aku . Aku tak salahkan kau 100% kerna aku tahu kau punya banyak masalah untuk diselesaikan,difikirkan begitu juga aku . Adakah selama ini jika kau tegur salah aku , aku melawan ? Aku muat naik status ? Tidak ! sebab aku masih bole kawal marah ku masih boleh bersabar . Tapi maaf aku punya limit kesabaran . Sampai satu masa aku perlu ego , pertahankan sesuatu yang aku rasa itu betul . Jadi matang yang kau minta . Matang lah sangat kau ?? Pikir sendiri laa kalau dah matang sangat .

Teman ,
Saat kau rasa kau sudah pandai
Kau lupa siapa pemberinya ?
Saat kau diminta untuk berkongsi ilmu
Kau seperti mengelak .

Yang memberikan akal untuk kau berfikir itu Allah ,
Kongsikan lah sedikit andai akhirat yang kau kejar
Tidak mengapa kalau kau mengelak
Andai dunia yang kau impikan .

Aku bukan jahil ,
Tapi aku sedang memerhati ,
Yang mana racun dan vitamin ,
Agar aku bisa menyingkirkan racun yang akan memakan diri .

Teman ,
Saat susah kau belum tiba ,
Kau belum rasa peritnya saat meminta namun diabaikan,
Kau belum rasa kerana kau masih dalam kesenangan,
Suatu saat masa kau akan tiba ,
Supaya kau ingat apa yang sudah kau lakukan .

Saturday 18 November 2017

Dosa

luahan hati tini at 9:27 pm 0 pujian buat saya

Aku! Kau! tak pernah lari dari buat dosa,
Saat nafsu menguasai diri,
Aku sedang terleka dengan duniawi,
Saat Aku sedar dari mimpi,
Baru Aku tahu realiti tak seindah fantasi.

Dosa yang dulu aku tinggal. Dosa yang dulu aku janji untuk tidak ulangi. Dosa yang dulu aku bersujud memohon taubat dari Ilahi. Kini, aku ulanginya lagi. Hati terasa terusik dengan dosa yang menggunung tinggi. Aku sedar itu dosa namun aku butakan hati. Aku mencari redha Ilahi setelah aku menyesal akan perbuatan sendiri. Masih layakkan aku memohon simpati dari Pencipta yang hakiki. Dari mana datangnya gembira kalau bukan dari Allah ? Dari mana datangnya sedih kalau bukan dengan izinNya ? Dari mana manusia dinilai kalau bukan dari hati dan akhlaknya. Maka aku perlu hidayahMu untuk mencari jalan yang lurus yang selamanya aku berada di landasan yang salah . Mengikut nafsu daripada memikirkan samada itu benar atau tidak. Aku menyesal akan khilafku. Mencari dosa yang aku sendiri tahu itu laranganmu. Perintahmu aku turuti, solat aku lakukan , puasa aku kerjakan namun hatiku kadang terasa tak tenang . Rasa yang seperti mengganggu fikiranku . Adakah aku masih dengan dosaku ? Ampunkan aku wahai Tuhanku .

Saat terbayang wajah mak, wajah ayah, aku terasa pilu . Aku rindu akan senyuman mereka . Aku terdengar pesanan mereka . Hantarkan aku ke sini untuk menimba ilmu tapi niatku tersasar jauh . Menggunakan peluang yang ada untuk sesuatu yang tidak bagus . Kerja diberi aku tangguh . Midterm exam aku failed . Perasaan mak ayah ketika itu aku tahu kecewa dengan sikap aku . Malas itu penemanku . Lupa tujuan utama ku . Takkan aku siakan 4 tahun ku di sini menuntut ilmu . Maka Allah bantulah aku . Mencari jalan kembali lurus tak berliku . Kekuatan itu aku perlu untuk masa depanku dan kebahagiaan ibubapa ku . Izinkan aku Tuhan . Merasa indahnya menuntut ilmu atas landasan Mu . Kerna aku tahu untuk bahagia itu mesti usaha dahulu . Dengan izinmu aku mengharap kejayaan yang satu .

Monday 13 November 2017

Siapa kau ?

luahan hati tini at 12:14 am 0 pujian buat saya

Kau punya impian yang menggunung,
Kau punya keyakinan yang tinggi,
Kau mampu mengarah itu dan ini,
Kau perlakukan diri sendiri umpama ketua,
Tapi ingat ....
Kau hanya manusia biasa,
Kau bukan Tuhan,
Kau boleh menilai orang lain,
Tapi kau dinilai oleh Allah,
Begitu juga aku .

Saat Allah hadirkan kau, aku bahagia . Punya seseorang yang sama perjalanan dalam pelajaran . Tapi mengapa bahagia itu aku rasakan sementara . Semakin aku mengenali kau , semakin aku tidak faham kelakuan kau . Kadang kau nampak sangat merendah diri , percakapan sangat lembut, langkah yang nampak ayu dengan pakaian kau yang cukup tutup sempurna berbanding aku . Tapi mengapa aku merasakan sesuatu yang tersembunyi disebalik niqabmu . Layakkah aku menilai ? Aku manusia sudah pasti penilaianku tidak bermakna . Tapi oleh kerana aku manusia biasa , hati mula mengatakan sesuatu yang tidak baik . Aku mula tidak selesa dilayan seperti itu oleh seorang yang pada mulanya aku lihat sangat baik orangnya . Mengapa aku seorang yang diperlakukan begitu ? Terok sangatkah tugas yang aku lakukan pada mata kau ? Antara kau dan aku terlalu jauh sangatkah jarak ? Adakah kau sentiasa merasa diri kau di atas . Aku tidak suka mengarah dan aku sangat tidak suka di arah itu dan ini . I'm not your robot yang diset untuk ikut arahan itu dan ini . Aku manusia , aku pon punya pilihan , aku punya keputusan dan aku punya cadangan . Siapa aku di mata kau sehingga aku rasa seperti lembu dicucuk hidung yang mendengar arahan kau tanpa banyak kata . Maaf aku punya limitnya untuk terus bersabar . Aku tidak bercakap hadapan kau kerana aku masih sabar dan aku jauh kan diri daripada marah . Kerana andai aku marah ketika itu emosi menguasai akal dan aku tidak mahu hubungan "kawan" itu terjejas. Aku masih tercari dan terfikir kenapa seperti ada api cemburu dan iri hati pada aku sedangkan kau lebih baik dari aku , kau lebih genius orangnya daripada aku. If you are not satisfied with me just say it . When i ask you , just say the truth .

Kadang Allah datangkan sesuatu dan kita merungut,
Kadang kita minta sesuatu tapi tidak Allah kabulkan,
Kenapa ?
Kerana Allah lebih tahu sesuatu yang baik untuk hambanya .

Aku perlukan kekuatan untuk berdepan dengan orang seperti kau . Jujur aku cakap belum pernah lagi aku jumpa dengan manusia seperti kau sebelum ni . Kerja yang aku lakukan seperti tak terkesan untuk kau . Penat kau nak aku faham, penat aku ? kau kena faham juga . Seolah-olah aku tidak berfungsi dalam kumpulan itu . Satu pesanku untuk kau . Kau tak selalunya berada di atas . Aku pikir kau lebih tahu tentang itu . Aku sangat tertekan dengan kerja kumpulan . Aku bahagia andai kerja individu kerana waktu lakukan kerja individu aku seperti berada dalam duniaku sendiri . Tiada siapa yang mengarah, tiada siapa yang menilai kerja aku melainkan pensyarah , tiada siapa akan tolak cadangan dan aku berhak buat keputusan sendiri kerana aku adalah aku ketika itu . Kerana Allah gerakkan hati,akal,dan seluruh anggota badanku untuk membuat kerja ketika itu tanpa gangguan dari sesiapa . Kerja aku , hasil aku dan kau siapa untuk menilai . Kalau berkumpulan buat cara berkumpulan tak payah nak ugut itu ini nak bagitau lecturer kata ahli kumpulan tak buat keja . That to much okay .

Perjalanan hidup itu panjang,
Ada permulaan dan ada penghujung,
Jangan hidup seperti lalang,
Di dunia ini hiduplah berkasih sayang.

Keyakinan kau terlalu tinggi,
Hingga kau lupa diri,
Maka kau perlu jaga hati,
Beringatlah sebelum kau mati.

#pesananuntukdirisendiri


Wednesday 1 November 2017

Gerak Hati

luahan hati tini at 12:51 pm 0 pujian buat saya

Aku tak mampu menguasai negara,
Apatah lagi menawan dunia,
Tapi Aku mampu menguasai diri sendiri,
Kerna gerak hati ini menjadikan Aku berani .

Andai sampai masanya Allah gerakkan hati ini untuk berani . Terkadang sering sekali merasa berdebar , gemuruh , takut dan tak yakin akan diri sendiri . Tapi hari ini , gerakkan hati aku untuk tampil ke depan menyampaikan sesuatu maklumat atau cerita yang ingin aku kongsikan kepada  rakan kuliah . Walaupun nampak pada mulanya sangat takut , gementar namun ak beranikan diri tampil ke depan . Tangan menggeletar saat mikrofon ku pegang . Apa bakal terjadi ? video yang aku tonton hanya berdurasi 6 minit lebih berbanding rakan yang lain berkongsi cerita tentang video yg berdurasi lebih kurang 30 minit . Soalan demi soalan yang pensyarah tanya sehingga aku yakinkan beliau bahawa video itu memang aku tonton dan apa yang aku kongsikan adalah betul dan fakta daripada apa yang aku dengar dan lihat . Kemudian nampak mukanya seperti terima dan tidak terima dengan pandangan ku . Perasaan lega itu lahir dalam diri selepas selesai tugasku di hadapan kuliah . Kuliah diteruskan dengan kumpulan seterusnya . Kemudia selepas selesai kumpulan itu menyampaikan cerita dan maklumat . Pensyarah membuat sedikit kesimpulan . Pada ketika itu berdebar rasa takut akan markah yang bakal aku dan ahli kumpulan dapat . Memang aku tidak tahu markahnya tetapi ada pensyarah selitkan . Katanya " kamu tonton video yang macam mana pon apa yang saya nak lihat ialah sinopsis dan kesimpulan yang kamu dapat dari video tersebut . tak kesahlah walau video yang kamu tonton tu hanya laa 6 minit tp kamu faham dan kamu boleh bagi konklusi kiranya okay dan apa yang kamu sampaikan itu adalah topik yang kita bincangkan harini" . Hati masih lagi tertanya adakah apa yang aku sampaikan tadi memuaskan hatinya ? Aku tak tahu tapi aku harapkan markah untuk kumpulan ku adalah baik .

Selepas selesai kelas aku terfikir , berani itu perlu untuk berjaya . Langkah yang aku ambil tadi merupakan perubahan besar untuk diriku . Andai dulu terasa malu untuk ke depan . Terasa nak sembunyikan diri di belakang . Usaha mencari maklumat tapi takut untuk kongsikan . Hari ini aku sedar aku perlu berubah melangkah ke hadapan bukan ke belakang iaitu berlindung di sebalik kejayaan org lain di hadapan aku . Semoga aku lebih yakin dan berani selepas ini . Terima kasih Allah kerana menggerakkan hati ini untuk berubah . Target kau hanya kau dan Allah yang tahu . Jadi untuk capainya usaha dan mohon pada Allah kerana apa yang terjadi adalah ketentutan dariNya .

Andai aku lelah ditengah jalan , pimpinlah aku ,
Andai aku putus asa dengan langkahku , kembalikan semangatku,
Andai aku leka dengan dunia , sedarkan aku ,
Kerana aku manusia biasa , perlukan petunjukMu .


Sunday 24 September 2017

KAU DAN AKU

luahan hati tini at 4:20 pm 0 pujian buat saya


Indah khabar dari rupa
Indah wajah ciptaan Yang Esa
Indah bahasa bila berbicara
Indah syurga rebutan manusia 

Kau dan Aku berada di bumi yang sama . Menghirup udara, melihat keindahan alam , mengembara mencari ilmu , kadang kita terserempak namun tidak kenal satu sama lain , kadang kau dan aku saling berhadapan namun tak terasa untuk bertegur . Setiap pertemuan dan perpisahan itu diatur namun kita tidak sedar akan aturan Tuhan . Saat aku sibuk melihat jauh ciptaan Allah yang lain aku tidak sedar kau didepan mata . Saat mata ini leka akan kacaknya ciptaan Allah , aku terleka dengan dunia . Saat mata tertancap pada satu wajah hati mulai terpaut suka . Namun benarkan yang aku lihat itu untukku? Benarkah yang mencuri perhatian aku itu jodohku ? Benarkan andai aku katakan ini cintaku ? Tapi mengapa aku tidak dipandangnya ? Mengapa aku tidak ditegurnya ? Mengapa aku seperti tidak wujud di hadapannya ? Aku mula sukakannya secara diam-diam . Teringin sekali mengenalinya dengan dekat . Siapa aku untuk dia ? 

Setiap hari ingin saja aku melihatnya . Mata tercari akan kehadirannya . Dimana dia ? Tak datang ka harini ? Langsung tidakku lihat wajahnya . Sihatkah dia ? Hati mulai tidak keruan memikirkan si dia . Namun langkahku terhenti , tubuhku terasa keras , mataku tertancap pada dua susuk tubuh . Siapa mereka ? Kenapa begitu mesra ? Mengapa berpegangan tangan dan kenapa hati ini sakit melihat mereka ? Subhanallah aku mula sedar lelaki yang menjadi perhatianku selama ini rupanya jodoh orang lain . Lelaki yang selama ini buat aku rasa tersenyum seorang rupanya sudah berpunya . Lelaki yang selama ini aku sangka mampu buat aku tak tidur lena rupanya kekasih orang . Sakitnya hati ini saat itu hanya Tuhan yang tahu . Bodohnya diri ini terkejarkan seseorang yang bukan untukku . Rupanya yang aku suka selama ini adalah suami orang . Mashaallah sebegitu sekali pengakhirannya . Walaupun hanya aku yang sukakan dia dalam diam namun sakit itu terasa disaat lelaki yang aku dambakan untuk menjadi jodohku rupanya milik orang lain . Mengapa ?

Aku mula tertanya kenapa tiada seorang lelaki yang menegurku atau berkenalan dengan ku lebih dari seorang kawan . Mula mempersoalkan perkara itu diusia muda . Melihat kawan-kawan yang lain bahagia bersama teman lelaki namun aku masih seorang . Cemburu melihat orang lain keluar bersama teman lelaki mereka tapi aku ? Tak mengapa mungkin belum sampai masanya . Aku diusia ini untuk mencari ilmu bukan mencari jodoh . Tapi hati mula terasa sesuatu . Apa yang Allah sembunyikan untukku ? Jodohku dimana ? Mungkin masih awal untukku memikirkannya . 

Kau . Kau lah jodoh aku . Tapi siapakah kau ? Dimana kau sekarang ? Kita pernah bersua atau tidak? Siapa ? Dimana ? Bagaimana ? Semua tentang kau aku tidak tahu . Tapi aku yakin kau jodoh yang Allah aturkan untukku . Tak tahu kenapa namun terasa Allah jagakan aku untuk kau kerna itu aku belum pernah bercinta dengan mana-mana lelaki sebelum ini . Gilakah aku sekiranya membayangkan kau jodohku sedangkan wajah dan personaliti mu belum ku tahu . Kau dan aku kadang bertemu namun tidak terasa kehadiran itu . Kau yang aku tunggu walau aku tak tahu siapa kau itu . Kau yang ditakdirkan untukku datanglah bila tiba masanya nanti . Buktikan padaku kau aturan Allah buatku . Sekarang bukan lagi waktuku untuk bercinta kerna aku masih muda dan aku punya tanggungjawab yang besar untuk ibu dan ayah . Allah jagakan hati ini untuk jodoh yang telah diaturkan . Namun andai jodohku bukan di dunia temukan aku dengan dia di akhirat kelak . Kerna aku tidak tahu dunia yang aku duduki sekarang bila pengakhirannya . 

Siang dan malam silih berganti
Bulan dan bintang di malam hari 
Kau akan datang suatu hari nanti 
Kerna kau dan aku aturan Ilahi 

Monday 21 August 2017

PESANAN

luahan hati tini at 12:34 pm 0 pujian buat saya

Saat mata terpejam lena 
Tidak kelihatan indahnya dunia
Saat terbuai diulit alam mimpi
Terasa indahnya fantasi dari realiti 

Siapa aku untuk bercakap soal cinta ?
Di usia semuda ini apa yang aku tahu tentang cinta ? 
Bahagiakah bercinta hinggakan manusia terbuai dengannya ?
Cinta ini amat luas maksudnya .

Cinta itu Allah yang hadirkan . Cukup aku katakan cinta Allah amat hebat . Persoalannya layakkah aku mendapatkan Cinta Ilahi ? Dek kerana dosa dan masa silamku . Kalau dulu solatku tidak cukup sehari lima waktu , kalau dulu auratku tidak ditutup dengan sempurna , kalau dulu percakapanku kasar , kalau dulu kemarahanku tak dapat aku kawal , kalau dulu SABAR itu tiada dalam diri ini izinkan aku perbaiki diri . Aku tahu , saat mata terpejam rapat , saat nyawa ditarik malaikat , saat orang sekeliling tidak dapat lagi membantu kerana di saat dunia aku tinggalkan , akhirat yang bakal aku jejaki . Hebatnya cinta Allah dikala ketenangan itu dirasai , dikala indahnya mendengar bacaan suci al-quran , dikala sujudku hanya untukNya , dikala hembusan nafas terasa nyamannya dan tiupan angin yang dingin di pagi hari . Andai surat cinta dari seorang lelaki yang kau inginkan , berlagu dengan puitis dan pujian terhadap dirimu wahai perempuan , penuh dengan luahan perasaan yang mampu mencairkan hatimu wahai perempuan , yang bisa membuat tidur malam mu tak lena dek panahan cinta sang jejaka melalui kiriman surat cinta . Tak perlu menunggu surat cinta dari sang jejaki kerna mungkin kau tidak sedar indah lagi kiriman Allah untukmu . Bayangkan Al-quran itu surat cinta dari Allah . Indahnya bahasa syurga , andai dibaca tenang yang kau akan rasai , tidur malam mu akan nyenyak dan tenang selepas membacanya , Indahnya kalam Allah . Saat Al-quran menjadi panduan kehidupan yakinlah Al-quran akan membantumu kelak . 

Andai kau kenal akan cinta Allah , maka kau akan mengerti apa itu cinta sebenar . Mencintai Allah dan Allah akan hantarkan orang yang mencintaNya untuk mencintaimu juga . Percayalah hebatnya cinta jika Allah sebagai cinta yang utama . Ilmu ku belum mampu bercakap besar tentang cinta . Kerana aku sedar aku terlalu mengejar cinta manusia sedangkan ak sendiri tidak faham maksud sebenar Cinta . Cintakah andai maruah kau gadaikan ? Cintakah andai tubuh kau serahkan ? Untungnya sang jejaka saat diri kau serahkan tanpa akad nikah . Tidak semua lelaki jahat andai silapmu wahai perempuan tak mungkin lelaki yang kau cintai dulu menjadi lelaki yang kau benci saat ini . Jangan jadikan masa lalumu untuk membenci semua lelaki . Andai iman sebagai kekuatan dalam diri mungkin sesuatu benda yang tidak baik dapat dielak . Zina takkan terjadi sekiranya bukan keinginan dari kedua-dua pihak . Seperti selalu kita dengar " Andai berdua pasti ada yang ketiga dan yang ketiga itu adalah syaitan" .

Bagi pandangan aku sebagai perempuan , memang inginkan seorang lelaki diusia remaja , perasaan ingin bercinta or lebih mudah dikatakan kapel tapi usia remaja bukan masa yang sesuai untuk bercakap soal hati dengan lebih mendalam . Cukuplah berkawan dan kenal perangai masing2 dan anggap sahaja andai ada jodoh bersama pasti suatu hari nanti akan ditakdirkan untuk bersama . Mencintai dan memiliki tidak mampu kedua-duanya andai bukan jodohmu . Pesanan ku buat diri sendiri dan orang lain yakinkan cintamu dengan Tuhanmu baru kau dapat merasai indahnya mencintai dan dicintai . 

Saturday 19 August 2017

Everything Gonna be OKAY

luahan hati tini at 3:25 pm 0 pujian buat saya

Nice to know you . You're my favourite person and i like you . Oh no , actually it just a joke . Don't take it serious okay . Arhh what going on right now and what should i do ?? Please , i hate this feeling so much . As you know i like being around you , you always made my day and i'm glade cause i know you very well . But , i think i'm going crazy right now because i don't know what i going to write for today's entry .

Ohh don't worry and take it easy . Just go on with your life and apa mimpi tetiba nak ber-english bagai ni . Haha nervous sangat sebab hari dah semakin suntuk untuk buat persediaan nak masuk Uni . Arhh seriously malas sangat sebab cuti terlalu lama and nak mula belajaq balik amatlah sukar sebab fizikal dan mental harus kuat . Mana tak nya cuti asyik makan tidur watching movie and something yang lazy la . Baca buku tu ada jugak tapi buku fiction la . Haha novel cinta di alam fantasi yang mana hero and heroin mesti cantik , kaya , kawin paksa , and sangat2 jauh dari alam realiti dan semestinya lelaki macam hero dalam novel tu sukar untuk dijumpai or mungkin 1 dalam 1000 lelaki . ARGHH whatever la sebab semua tu bukan masanya lagi untuk bercinta or berperasaan suka dekat mana2 lelaki sebelum sampai seru or jodohku kelak . Hahaha leteranku amat tak syok didengari oleh sesiapa pon . Sorry sebab English yang salah or tak sedap sebutannya dan mungkin salah ejaan or apa2 ja la .

Universiti Utara Malaysia telah menawarkan saya untuk menyambung pengajian dalam bidang Sarjana Muda Kewangan dan Perbankan Islam selama 4 tahun . Alhamdulillah sebab dapat masuk Uni. Walaupun pada mula perasaan tak berapa nak syok dengan apa yang dapat tapi as we know aturan Allah itu lebih baik untuk setiap umatNya . "kenapa dapat U ni ? kenapa kos ni ? kenapa ? kenapa ? and kenapa ? so many Why ?? and the answer surely at the end of the day , saya bahkan semua orang yang asyik mempersoalkan sesuatu benda akan tahu jawapannya kerana Allah dan aturkan semua yang terbaik untuk umatnya . Thank you Allah .  More or less than 2 weeks i'm gonna enter to a new life at new place and will know new person with many attitude for sure . I just hope i dapat kekuatan untuk teruskan perjuangan sebab walau dimana pon kita berada perjuangan tu tak pernah tamat kerana jika tiada permulaan dimana pengakhirannya ? Think it :)

Actually , first paragraph langsung takdak kene mengena dengan apa yang diceritakan ini . Just luahan perasaan daripada manusia yang tengah serabut pikiaq pasai nak masuk universiti and sure UUM walaupon dekat i'm gonna homesick . Okay no need to worry and serabut sangat sebab yakin dengan bantuanNya all things will be easier and inshaallah bole dilalui dengan keizinan dan keredhaanNya . Amin .

Wednesday 16 August 2017

NUKILAN HATI

luahan hati tini at 2:47 pm 0 pujian buat saya



Suatu suara tangisan kedengaran,
Menyedarkan manusia dari khayalan,
Begitu nyaring ,
Namun tangisan itu disambut dengan senyuman kegembiraan.

Lahirnya seorang bayi perempuan ,
Tersenyum gembira sepasang suami isteri,
Nur nama diberi seindah wajah yang tenang dan suci,
Syukur terucap akan kurniaan Ilahi .

Disayangi dan ditatang bagai minyak yang penuh,
Hari demi hari Nur semakin meningkat remaja ,
Segala kemahuan dituruti si ibu dan si ayah ,
Indahnya hidup Nur umpama sang puteri di istana .

Bahagianya ibu dan ayah melihat anak mereka berjaya,
Di menara gading tamatnya ijazah pertama ,
Dicium pipi ibu dan ayah tanda kasih sayang,
Ucapan syukur dan terima kasih dilafazkan .

KINI
Anak yang disayang dan dibelai sudah jauh terpisah,
Melangkahkan kaki ke bandar untuk mencari kerjaya,
Telefon bimbit sentiasa dilihat dan dipegang,
Menunggu panggilan satu-satunya anak kesayangan.

Nur kini bahagia dengan kemewahan dunia,
Berfoya-foya tanpa mengingati asal usulnya,
Tudung terbang entah ke mana ,
Bebas bergaul dengan pelbagai manusia.

Hanyutnya seorang perempuan dengan cinta,
Tubuh dan maruah diberi tanpa rasa ,
Bahagianya sang lelaki bermain kata ,
Hingga terlupa akan dosa zina.

Ibu dan ayah masih menunggu setia,
Kepulangan si anak ditunggu jua,
Album si anak sentiasa ditatap tanpa kata,
Doa dan harapan kepada Pencipta .

Wahai anak ,
Dimanakah kamu sekarang,
Lupakah kamu pada ibu ayahmu,
Lupakah kamu pada orang tua yang membesarkanmu,
Doaku sentiasa bersamamu,
Bagaimana kau sekarang nak,
Cukupkah pakai makan mu sehingga ibu ayahmu tidak kau hubungi,
Bahagiakah kau dengan permainan dunia,
Hingga kau lupa akan akhirat kelak 
Pulanglah nak melihat ibu ayahmu walaupun cuma seketika,
Kerna itu hajatku sebelum menutup mata .

Nur bagaikan hilang arah ,
Disisihkan kawan-kawan yang semakin jauh darinya,
Dicaci dihina kerana kandungannya ,
Hasil zina dengan lelaki durjana .

Indahnya cinta saat kau serah segalanya,
Indahnya bersama saat kau lupa akan Pencipta,
Indahnya berasmara tanpa fikir dosa pahala,
Hingga tergadai maruah seorang wanita.

Saat ini,
Baru dahimu sujud menyembah Ilahi,
Matamu menangis akan keinsafan diri,
Siapa lagi harus dipercayai ,
Setelah dirimu dikhianati oleh seorang lelaki .

Wajah ibu dan ayah mula terbayang,
Sedih dan pilu menusuk di hati ,
Ibu, aku rindu akanmu,
Ayah, aku rindu akanmu ,
Ampunkan dosa anakmu ,
Kerana telah melupakanmu .

Pulangnya si anak ke sisi ibu ayah,
Pandangan sayu seorang ibu melihat diri anaknya ,
Jika anakku hamil , 
Dimana suaminya ,
Kenapa anakku tampak sedih dan kecewa ,
Jauh di sudut hati seorang ibu sedih melihat keadaan anaknya .

Kaki ibu dan ayah dicium mohon ampun dan maaf,
Anakmu ini telah lupa diri,
Anakmu ini berzina menyerah diri kepada lelaki,
Anakmu ini lupa akan pesananmu wahai ayah dan ibu
Anakmu ini kini mengandung anak luar nikah 
Anakmu ini disisih oleh masyarakat 
Anakmu ini tiada siapa-siapa melainkan ayah dan ibu 
Ampunkan aku ayah dan ibu .

Ampun si anak diterima walau jauh didasar hati kecewa ,
Anak yang dididik untuk harapan keluarga rupanya sebaliknya,
Namun hati seorang ibu dan ayah walau terluka ,
Anak tetap diampuni dan dipeluk mesra.

Ingatlah wahai anak,
Sejauh mana engkau melangkah , 
Ibu dan ayah jangan dilupa,
Kerana siapa kita tanpa mereka berdua .

Jangan kau senang dengan fatamorgana dunia,
Kerna kau belum tahu akan hidupnya di akhirat kelak.
Jangan kau sangka bahagia itu selamanya ,
Kerna kau dan aku tidak lari dari dosa
DAN 
Kerna kau dan aku hanya manusia biasa .

Sunday 9 April 2017

AL-FATEH

luahan hati tini at 10:53 am 0 pujian buat saya
Bismillahhirrahmanirrahim ..

Dalam sedar tak sedar dah hampir ke penghujung study dekat matrik . Banyak benda atau perkara baru yang aku dapat time study dekat matrik . Macam2 perangai dan ragam manusia yang aku jumpa. Semestinya banyak perkara yang aku belajaq dekat situ . Semakin aku dewasa , semakin takut untuk aku kenal dengan ramai orang . Ya manusia datang dan pergi . Tapi Allah tak pernah jauh dari kita . Kadang orang kata pengalaman itu mematangkan seseorang . Kadang pengalaman jugak buat seseorang takot , takot pengalaman pahit berulang kembali . Itu reality kn ?? Nak tak nak tetap kena hadap juga . Permainan dunia kadang berada di atas dan kadang berada di bawah . Yang penting semangat untuk teruskan kehidupan . Apa juga halangan mesti ditempuhi . Yang penting kita tahu matlamat sebenar hidup ini .

Nak aku kongsi kan mengenai seorang insan yang sangat hebat . Siapa ?? Sultan Muhammad Al-Fateh . Raja yang berjaya takluki sebuah kota yang gah yang dinamakan Kota Konstantinopel pada usia yang sangat muda . Sangat kagum dengan sikap dan sifat Al-Fateh . Sejak kecil lagi orang sekelilingnya mengatakan bahawa dia akan menakluki kota itu nanti bila besar nanti . Dan sampai lah dia dewasa dan matlamat dia hanya satu iaitu dia akan takluki kota itu walau dalam apa juga cara . Hebatnya keinginan dia dan ada yang mengatakan sangat mustahil untuk seorang anak muda menakluki kota itu . Tetapi kerana dia percaya , dengan ilmu yang ada dia gunakan untuk capai matlamatnya . Fokus dengan setiap apa yang dilakukan walaupon banyak cubaan dia gagal tapi dia tetap sabar dan apa yang penting dia berserah kepada Allah dan bergatung harap pada Allah iaitu Tuhan yang Maha Besar .

Tapi mampuka aku sehebat Al-Fateh ?? Apa matlamat aku ? Mana sikap sabar aku ? Aku tak fokus dalam perkara yang aku buat . Asyik ingat crush itu crush ini ? P matrik nak caqi Crush ka ?? ingat la sikit mak ayah hntaq suruh p belajaq bukan bercrush bagai . Biaq la orang nak kata tak famous la apa la tak laku la xdak orang mau . lantak la mulut manusia . Hati tu simpan elok2 untuk yang halal ya . Ingat tini pspm2 dh dekat ni kalau still dengan sikap berlengah-lengah haa tahu la akibat dya . tengok la result nnt mcm mana . Biaq laa orang kata kau malaih sekali pon tp biaq usaha dalam senyap dan buktikan semuanya dengan kejayaan kau . Tak susah pon semuanya tp kau kena berubah . Kalau dlu ada org cipta rekod 20 A spm , 19A SPM Takkan ag hnya perlukan 4A untuk 4FLAT . So wake up and make your dream come true . More important is u trust and believe yourself that you can do it and face all problem . So keep calm and remember Allah always with you whatever you are . so remember Allah and He will remember you . Jadikan AL-Fateh semangat ag untuk teruskan usaha . Ingat dulu nak sngat masok matrikkn ? dan ag masok matrik dengan seocnd intake sbb apa ?? Sebab Allah bagi ag peluang untuk cipta kejayaan ag dekat matrik bermula drp matrik .. So bersyukur laa .

Monday 13 February 2017

PATIENT

luahan hati tini at 6:04 pm 0 pujian buat saya

Bila berckp tentang sabar satu perkara yg sukar sebenarnya bagi saya la . Ckup ssh untuk bersabar . Kadang kala bila mahukan sesuatu nak kan benda tu wktu tu jgk . Bila maqah nk ja lepaihkn . Tp sabar laa . Sabar itu separuh drp iman . Semarah mana pon tetap kena sabar . Tp maaf saya katakan , sabar manusia ada limitnya . Sampai satu tahap terlalu lama sesuatu yg dipendam akn meletus jgk . Mcm gunung berapi laa bila meletus bnyak yg berada dkt dngan dya akn terima padah . Sama jgk mcm saya yaa , kalau sampai satu tahap saya penat dngaq setiap kritikan yg pd mata 'awak' sangat terok . Rasa lembut plk berbahasa 'saya'awak' nii . Straight to the point laa . BENCI !!! Ak benci bila setiap benda dkt mata ag ak salah . Ak benci bila hiporkit ni . Dpn ak itu xkena ni xkena . Semua benda cacat , semua benda terok umpama ag dilahirkan sudah ckup sempurna dngan setiap perkara . Manusia tak sempurna dan xkan pernah sempurna . So klau nk jd baik dpn ak lupakan la klau ak bole katakan setiap perbuatan ag pon xkurang dngan apa yg ak buat . Baik la sngat dpn ak klau ag pergi masjid dngan kwn2 ag bersembang rancak sedangkan org tngah tazkirah kt dpn . Baik sngat ka ag klau tngah ada ceramah kt masjid org tngah bg ceramah bole plk keluaq p makan dkt belakang masjid . Sori to say laa ag penuh dngan lakonan . Baik sngat ag klau seminggu sekali berkumpul ramai2 dkt bilik aktiviti untuk baca almulk tp ag xpergi . Semua tu ak xpernah tgoq sbb pada ak , ak belum cukup baik lg nk tegoq ag . Seterok terok ak pon yg ag kata hina makanan tu hina rezeki allah . Xsedap tara mana pon ak ttp akn habiskn jgk makanan tu sbb ak pon belajaq laa tu rezeki , reziki xbaik buang . Tp ag pernah ja buang makanan sbb xhabis mkn . Ada ak tegoq . Ada ak kata apa2 sbb ak nk tgok sejauh mna ag sedaq yg ag pon bnyak buat silap . Jngn asyik caqi salah ak ja . Salah sendiqi kena sedaq . Kalau apa ak ckp pon salah biaq xyah tegoq kn . Nnt ada ja nk tarik muka nk complaint itu ini . What the **** . Arghhhh jngan smpai mulut ni bwk keluaq semua benda yg ag buat tp ag xsedaq . Ak tahu laa halal haram.  Mana betoi mana salah walaupon ak bkn dari sekolah agama xbererti pengetahuan ak terok . Dari mana asal usul ag pon keluarga ag hebat agama pon klau iman ag pegangan ag xkuat xkan jamin ag akn baik . Bila berckp psai ak bnyak jaa xkena tp ingt jngan smpai satu thap ak tunjuk yg ak mmg meluat gila dkt ag . Bkn setakat xckp klau bole nk tngok pon meluat . So tahap sabar tu jngan smpai meletup plk . Baqu kenai xsmpai setahun pon xtau lg mcm na perangai sebenaq . Terok p laa org nk ckp apa pon asalkan ak bahagia perangai ak . Janji xhiporkit .

Saturday 21 January 2017

Hijrah

luahan hati tini at 10:36 pm 0 pujian buat saya

Assalamualaikum..

Buang la perasaan tu . Perasaan yang kau sendiri tak fhm erti sebenar adakah perasaan itu betol atau tidak . It hard to get rid all that feeling . I try and why i like him ? I don't know why i choose him as someone to be my special person . Seriusly i don't know how to forget or ignore that feeling . It hurt me . Aku pohon ya allah tolong jngan hadirkan perasaan suka itu terhadap mana2 lelaki buat masa ini . Ak merayu padamu ya allah . Ak xmahu sukakan mana2 lelaki yg belum sah menjadi suamiku .

Jngan hadirkan perasaan itu ketika mna umurku masih di usia remaja
Jngan lekakan ak dengan perasaan yg belum tahu kepastiannya
Peringatlah aku akan maruah yg ak perlu jaga sebagai perempuan
Peringatlah ak andai ak lupa tujuan sebenarku hidup
Teguhkan iman di dlm diriku agar tidak goyah dengan nafsu
Kuatkan hati ini menghadapi setiap ujianmu
Sesungguhnya hijrah yg ak inginkan maka kuatkan hati ini , teguhkan iman ini agar ak benar2 istiqomah dengan perubahan ini.

Monday 2 January 2017

2017

luahan hati tini at 8:16 pm 0 pujian buat saya

Assalamualaikum ..
Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk bernafas di dunia ni . Sedar tak sedar dah 19 tahun . Haishh zaman remaja bakal nk berakhir dh . Tahun baru azam pon baru . Tp ak ada ka azam baru untuk 2017 ni ? Haha berapa tahun dh asyik dok berazam last2 melayang di bawa angin ja azam tu . Hehe . Syukur alhamdulillah bole teruskan perjuangan di matrik perlis untuk sem 2 . Syukur result yang dpt untuk sem 1 berkat doa mak ayah , usaha sendiqi dan sesungguhnya dengan izin Allah . Terima kasih . Jadi dah diberi peluang untuk teruskan perjuangan kt matrik kenalah belajar betoi2 . Jangan asyik sngat nk melayan perasaan minat org tu, crush org tu . Buang tu jauh2 dlu . Ceyy ckp mmg senang tp maaf saya xdpt elak perasaan tu . Huhu tp saya mampu kawal lg laa setakat lani . Hehehe . Orite doakan yang baik2 aje . Haha semoga dipermudahkan urusan sepanjang tahun ini . Xlama dh insyaallah ada rezeki dpt sampai ke menara gading . Hehe amin...

Animated  Sparkly Love Heart
 

ORDINARY PERSON Copyright © 2012 Design by Antonia Sundrani Vinte e poucos