Wednesday 16 August 2017

NUKILAN HATI

luahan hati tini at 2:47 pm



Suatu suara tangisan kedengaran,
Menyedarkan manusia dari khayalan,
Begitu nyaring ,
Namun tangisan itu disambut dengan senyuman kegembiraan.

Lahirnya seorang bayi perempuan ,
Tersenyum gembira sepasang suami isteri,
Nur nama diberi seindah wajah yang tenang dan suci,
Syukur terucap akan kurniaan Ilahi .

Disayangi dan ditatang bagai minyak yang penuh,
Hari demi hari Nur semakin meningkat remaja ,
Segala kemahuan dituruti si ibu dan si ayah ,
Indahnya hidup Nur umpama sang puteri di istana .

Bahagianya ibu dan ayah melihat anak mereka berjaya,
Di menara gading tamatnya ijazah pertama ,
Dicium pipi ibu dan ayah tanda kasih sayang,
Ucapan syukur dan terima kasih dilafazkan .

KINI
Anak yang disayang dan dibelai sudah jauh terpisah,
Melangkahkan kaki ke bandar untuk mencari kerjaya,
Telefon bimbit sentiasa dilihat dan dipegang,
Menunggu panggilan satu-satunya anak kesayangan.

Nur kini bahagia dengan kemewahan dunia,
Berfoya-foya tanpa mengingati asal usulnya,
Tudung terbang entah ke mana ,
Bebas bergaul dengan pelbagai manusia.

Hanyutnya seorang perempuan dengan cinta,
Tubuh dan maruah diberi tanpa rasa ,
Bahagianya sang lelaki bermain kata ,
Hingga terlupa akan dosa zina.

Ibu dan ayah masih menunggu setia,
Kepulangan si anak ditunggu jua,
Album si anak sentiasa ditatap tanpa kata,
Doa dan harapan kepada Pencipta .

Wahai anak ,
Dimanakah kamu sekarang,
Lupakah kamu pada ibu ayahmu,
Lupakah kamu pada orang tua yang membesarkanmu,
Doaku sentiasa bersamamu,
Bagaimana kau sekarang nak,
Cukupkah pakai makan mu sehingga ibu ayahmu tidak kau hubungi,
Bahagiakah kau dengan permainan dunia,
Hingga kau lupa akan akhirat kelak 
Pulanglah nak melihat ibu ayahmu walaupun cuma seketika,
Kerna itu hajatku sebelum menutup mata .

Nur bagaikan hilang arah ,
Disisihkan kawan-kawan yang semakin jauh darinya,
Dicaci dihina kerana kandungannya ,
Hasil zina dengan lelaki durjana .

Indahnya cinta saat kau serah segalanya,
Indahnya bersama saat kau lupa akan Pencipta,
Indahnya berasmara tanpa fikir dosa pahala,
Hingga tergadai maruah seorang wanita.

Saat ini,
Baru dahimu sujud menyembah Ilahi,
Matamu menangis akan keinsafan diri,
Siapa lagi harus dipercayai ,
Setelah dirimu dikhianati oleh seorang lelaki .

Wajah ibu dan ayah mula terbayang,
Sedih dan pilu menusuk di hati ,
Ibu, aku rindu akanmu,
Ayah, aku rindu akanmu ,
Ampunkan dosa anakmu ,
Kerana telah melupakanmu .

Pulangnya si anak ke sisi ibu ayah,
Pandangan sayu seorang ibu melihat diri anaknya ,
Jika anakku hamil , 
Dimana suaminya ,
Kenapa anakku tampak sedih dan kecewa ,
Jauh di sudut hati seorang ibu sedih melihat keadaan anaknya .

Kaki ibu dan ayah dicium mohon ampun dan maaf,
Anakmu ini telah lupa diri,
Anakmu ini berzina menyerah diri kepada lelaki,
Anakmu ini lupa akan pesananmu wahai ayah dan ibu
Anakmu ini kini mengandung anak luar nikah 
Anakmu ini disisih oleh masyarakat 
Anakmu ini tiada siapa-siapa melainkan ayah dan ibu 
Ampunkan aku ayah dan ibu .

Ampun si anak diterima walau jauh didasar hati kecewa ,
Anak yang dididik untuk harapan keluarga rupanya sebaliknya,
Namun hati seorang ibu dan ayah walau terluka ,
Anak tetap diampuni dan dipeluk mesra.

Ingatlah wahai anak,
Sejauh mana engkau melangkah , 
Ibu dan ayah jangan dilupa,
Kerana siapa kita tanpa mereka berdua .

Jangan kau senang dengan fatamorgana dunia,
Kerna kau belum tahu akan hidupnya di akhirat kelak.
Jangan kau sangka bahagia itu selamanya ,
Kerna kau dan aku tidak lari dari dosa
DAN 
Kerna kau dan aku hanya manusia biasa .

0 pujian buat saya:

Animated  Sparkly Love Heart
 

ORDINARY PERSON Copyright © 2012 Design by Antonia Sundrani Vinte e poucos