Monday 29 February 2016

Mak & Ayah

luahan hati tini at 12:20 am

Assalamualaikum

Ak masih ingat lagi ketika baru melangkah ke alam sekolah ayah laa peneman setia . Sentiasa teman sampai ak dh rasa berani untk berdikari . Ak di dalam kelas ayah pulak di luar kelas perhatikan ak . Ak rasa sngat selamat walaupon ayah tak ada sebelah ku tapi ak masih bole melihat ayah dri dalam kelas ku . Mak pulak sentiasa menanti kepulangan ku . Ak disambut bagai seorang puteri . Rasa tuu amat bahagia . Mak lah yg sediakn pakaian untkku ,sikatkan rambutku , rapikan diriku . Ya mereka dua insan yg terindah dlm hidupku .

Melangkah ke alam sekolah rendah . Ayah masih sama . Hntar ak sehingga ke pintu kelas . Selepas ak sudah duduk di tmpat ku baru ayah pulang untk ke tmpat kerja . Habis jaa kelas ak dh nmpk ayah ku menungguku tepat pda masanya . Lebih awal dri wktu kelasku tamat . Pulang dari sekolah mak dah siapkn makanan . Bila ayah sibuk kerja mak pulak pergi dan ambil ak dri sekolah . Sehinggalah ak sudah berusia 12 tahun ttp perkara yg sama mak dan ayah lakukan . Bila tiba waktu untk ambik result upsr ayah datang untk melihat result ku . Ak nmpak wajah gembira ayah ketika mendengar namaku sebagai pelajar yg mendpt 5A . Ya ak sudah membanggakn mak dan ayah ak ketika itu . Wajah itu ingin ak cium ingan ak dakap tetapi ak hanya mmpu salam tangannya sebagai tnda terima kasih ketika itu . Ak pulang ke rumah disambut bahagia oleh ibuku .wajahnya kucium ak dakap tubuhnya tnda ak gembira dngan keputusanku .

Melangkah ke tingkatan 1 ayah ttp sama temankan ak untk masuk daftar ke skolah menengah . Tapi tiba2 ak diminta untk tinggal diasrama . Ayah ak tidak dpat menghantar ku sperti dlu lg kerana perkara yg xdapat dielakkan . Ak terima ak masuk ke asrma . Ya ak menangis kerana selepas ini hidupku tidak sama lagi .ak perlu berdikari . Setiap hari kol ayah dan mak mengatakan yg ak nak sngat balik . Malam hari ayah sanggop datang ambik ak kt asrama sbb ak mmg dah tak tahan . Selepas itu mak ayah nasihatkn ak .ak terima dan ak tinggal semula di asrma .

Teringat lg bila time balik minggu jaa rasa malas nk balik asrma . Mak yang tolong packing barang , tolong iron baju , semuanya mak lakukan ak hanya perlu siap untk pulang ke asrma . Sehinggalah ak di tingkatan 3 .ak dah okay dngan asrma . Dah tak nangis lagi .

Tiba waktu ambik result pmr . Ayah datang temankn ak ambik result . Tapi ak bukan dikategorikn pelajar cemerlang .ak mendapat 5A3B pada ketika itu . Tapi ayah masih tenang masih senyum menandakan dia gembira dngan result itu . Pulang ke rumah seperti biasa mak tunggu untk tahu keputusan ku . Mak sama mcm ayah senyum tanda gembira .

Semasa ak di tingkatan 5 ak berjuang dngan spm . Ayah cuti kerja untk baca yassin untk ak . MAk baca yassin untkku . AYah dan mak buatkan air yassin untkku . Sentiasa berdoa untk mudahkn urusan ku . Dan sekarang ak sedang berjuang untk lulus dlm test jpj . Sedih ketika ak gagal untk test yg pertma . Mak dan ayah datang untk temankn ak . Masih sabar menunggu sehingga tiba giliranku . Sampai sahaja giliran ak ,ak menghampakan mereka . Ak gagal . Tetapi muka mereka masih tersenyum memberi semangat kepadaku bahawa "cuba lagi lepasni mst bole " . Dan ak pohon agar untk second test ak berjaya menggembirakan mereka .

Ketika ini umurku sudah 18 tahun dan adakah ak mampu memberi senyuman di wajah mak ayah ketika ak menerima keputusan spm pada 3/3/2016 nnt ? Adakan keputusan itu mmpu buat mereka tersenyum bahagia ? Ak tahu disebalik wajah yg bahagia itu terselit perasaan risau . Tapi ayah dan mak dpt sembunyikannya hnya dengan sebuah senyuman yg ckup manis . Sesungguhnya tuhan , doa seorang ibu dan seorang ayah itu hebat , ak pohon padamu agar makbulkan doa mak dan ayah ak yg ingin melihat kejayaan ku . Sesungguhnya kedua dua insan ini amat berharga dalam hidup ku .

0 pujian buat saya:

Animated  Sparkly Love Heart
 

ORDINARY PERSON Copyright © 2012 Design by Antonia Sundrani Vinte e poucos